Pages

Saturday, 3 August 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK di KMM 

Assalamualaikum blogger . Hari adalah hari pertama aku berbuka puasa bersama-sama keluarga di rumah ( trolak selatan ) . Alhamdulillah sampai jugak aku di rumah petang tadi bersama kakak kedua aku, angah :)
Sepatut nya aku balik kampung semalam tapi kami lepak kat seromban sehari then baru balik ke kampung ku . Semalam aku lah orang yang terakhir keluar dari bilik . roommate aku semua balik awal . Alhamdulillah dapat roommate yang sangat sangat baik dan memahami . Semalam bende yang paling aku terkejut dan tak jangka bila ketiga-tiga roommate aku sanggup kejut aku yang terbongkang atas katil untuk salam bersalaman dan cium berciuman ^^ haha lepas dorang salam terus aku terbongkang balik sampai kol 5 :)

Ape perasaan berpuasa di kolej ?

Alhamdulillah . So far so good . Tapi terpaksa mengikat perut sebab sahur aku dan roommate hanya makan roti , biskut , cereal , maggie atau bubur je . Kami jarang sangat makan nasi di pagi bute tu :( huhu Then time berbuke pulak kami makan menu yang sama je . Nak taw tak ape menu tu ? hahhh nasi puteh ngan ayam goreng :) 

Tapi walau pape pun kami tetap bersyukur sebab kami mampu pergi ke kelas dan still boleh turun training :) hahaha .Tapi ini lah ramadhan yang pertama dan yang terakhir aku berpuasa kat kolej matrikulasi melaka ni . Sedih pun ade jugak meyhh . Huwarghhhh :'( 

STRUGGLE !

Tahun ni kami pelajar matrik tak boleh nak beraya sakan sebab after raya ni kami ade ujian pertengahan semester (UPS). So untuk mencapai target yang diingini kami semua kene struggle ! Raya pun raya jugak tapi buku tetap kene bukak :) so keep it up ! setiap kali ade masa terluang aku kene isi dengan mengulangjkaji pelajaran . So that aku takkan menyesal if tak dapat jawab sebab aku dah usaha sebelum tu :) ustazah cakap jangan bertawakal je tapi tak usaha pun ! untuk berjaya kite haruslah berusaha , berdoa then baru lah bertawakal . Semua yang berlaku itu kan ketentuan ALLAH , kite hanya mampu merancang dan berusaha je :) so beringat-ingat sebelum menyesal !

Okayy sampai sini je lah rentetan cerita aku :) aku nak rehatkan minda then baru start mengulangkaji ! pray for me and matriculation students :)


ini lah aku dan my roommate :)

Saturday, 8 June 2013

MATRIKULASI MELAKA 

Assalamualaikum blogger :)

Alhamdulillah i got what i want ! u know what i want ? i want the most is studying at matrikulasi ! 
Now its became a reality ! woww daebak ! berkat doa dan keizinan Allah aku dapat tempat kat matrik melaka . #alhamdulillah #thanksGod 
Walaupun second intake aku tak kesah janji dapat merasai sendiri dunia pembelajaran yang rushing di sana nanti :) aku cek keputusan matrik ni lambat sehari . tarikh keputusan sebenar 6 jun hari khamis tapi aku cek hari jumat 7 jun ! Alhamdulillah berkat hari jumaat aku dapat keputusan yang menggembirakan ! Alhamdulillah bersyukur sangat kepada-Mu ya Allah !

12 JUN 2013 
Tarikh pendaftaran second intake ! takut nya nak menghadapi dunia matrik ni -,- nasib baik kat sana dah ada kawan yang menunggu . kat sana ada 4 orang budak RPS ! ingatkan aku seorang je yang tercampak kat sana ;) haha Alhamdulillah ! keempat-empat dapat course sains . aku pun dapat course sains tapi aku nak mohon pertukaran ke akaun ! sebab aku takut aku tak mampu nak bawak sains sebab aku dapat tawaran PST bukan PDT . dulu aku teringin sangat nak jadik engineer sebab tu aku mintak course sains kat matrik ni tapi after tengok result chemistry aku terus down . keputusan aku samada nak tukar course tu belum mencapai kata putusnya lagi ! aku takut nak bawak sains tapi nak try ? macam mana tu ? bagi aku bila dah masuk matrik ni takde istilah "try" dah ! wajib tempuhi jugak kalau dah ambil dari awal course tu kan ? let me think first then i will decide again . okay ? doakan terbaik untuk kami disana ye :) bukan senang nak menyesuaikan diri kat tempat orang ni . Rabu ni budak second intake daftar then terus belajar ! takde orientasi :) ini lah benda yang aku paling suka ! yahooooo ! no orientasi ! no tired ! haha
Walaupape pun goodluck for me :) barang-barang hari isnin ni baru nak pi shopping ! lambatkan ? takpe biar lambat asalkan barang-barang semua cukup :) okay gtg ! kali ini aku selitkan sedikit gambar-gambar yang berkaitan .











Sunday, 26 May 2013

HALA TUJU :)

Assalamualaikum .

hye blogger ! Penat baru balik kerje . Ramai jugak customer malam tadi sehingga tak terlena aku . Okay hari ni nak bercerita mengenai kawan-kawan yang akan mendaftar untuk menyambung pelajaran . 

Tarikh 27 Mei iaitu esok , kawan-kawan yang dapat matrik akan mula memasuki dunia matrik ! Orang cakap matrik ni budak-budak pandai je yang boleh masuk , tapi hakikatnya tak pun . Budak yang dapat 1A , 2A dan 3A pun dah boleh masuk janji lepas syarat kelayakan paling minimum mengikut bidang yang mereka apply ! Aku dapat ke tak ? Hurmmm sadlife :( aku tak dapat sebab aku apply course sains dan tidak melepasi syarat kelayakan paling minimum untuk course ni . Result aku lepas syarat untuk apply akaun jee . Mungkin matrik bukan rezeki aku kan ? Cikgu akaun aku sangat terkejut sebab aku tak dapat matrik . Then aku pun cerita la kat cikgu dari A to Z . Cikgu suh aku buat surat rayuan ke matrik sebab cikgu kata result aku bagus untuk apply akaun . So aku pun patuh la pada setiap arahannya . Setiap butir perkataan cikgu yang sponsor . HAHA . aku just menaip je . Tapi aku hanya mampu menunggu untuk second intake je lahh . Thanks a lot cikgu . Nak tahu tak ape nama cikgu tu ? Nama cikgu , Pn Norosliza . Cikgu orang kelantan dan sangat penyanyang . Cikgu ni mengajar aku subjek akaun . So far Alhamdulillah akaun aku dapat A dan lepas syarat untuk aku mendapatkan sijil LCCI . Google cakap sijil ini sangat lumayan sebab bertaraf A level o,o wooohhh ! aku adalah salah seorang yang beruntung kerana dapat memiliki sijil ni . Aku memang dah aim dari form 4 lagi nak dapatkan sijil berharga ni . Alhamdulillah aku dapat :) Sekarang aku hanya perlu menunggu result rayuan matrikulasi . Kawan aku cakap result rayuan maybe keluar 9 JUN . So wait and see :)

Okay dah tamat cerita pasal matrikulasi . Sekarang kite buka cerita pasal UPU . Apakah UPU ? UPU adalah singkatan bagi Unit Penempatan Universiti . Result UPU keluar 24 MEI . Tarikh pendaftaran pulak 2 JUN ni . Alhamdulillah nama aku tersenarai antara berpuluh ribu calon SPM 2012 kat malaysia ni . Tapi ..... ada tapi nya disini -.- aku dapat course yang aku tak berapa nak minat :( course diploma teknologi polimer ! tahu ke ape tu teknologi polimer ?? teknologi polimer tu pembuatan getah dan plastik . Course ni lebih kepada chemistry . Masalah nya disini ialah , antara 9 subjek yang aku amek , chemistry la subjek yang paling teruk ! aku dapat D . teruk kan ? kalau korang jadik aku korang berani tak nak ambil course ni ? mestilah tak kan ! melainkan kalau korang betul-betul minat . Aku tanya pendapat orang ramai , semua bagi pandangan yang berbeza . Aku buntu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan aku . So jalan yang terbaik adalah buat solat istikharah . 

Keputusan terkini --> aku lepaskan peluang untuk memasuki UITM Araustralia Perthlis dalam bidang teknologi polimer . Kini aku bergelar pelajar Tingkatan Enam . Mungkin masa depan aku bukan disana . Aku ingat hanya aku satu-satunya yang melepaskan peluang masuk U ni , rupa-rupanya kawan aku pun sama . Dia pun pilih Tingkatan Enam :) Sebenarnya tingkatan enam ni not bad , just ada segelintir manusia yang memandang rendah terhadap orang yang mengambil Tingkatan Enam ni . Mereka anggap Tingkatan ni " low class " , budak yang tak berapa cerdik je masuk tingkatan enam ! Hakikatnya bukan orang yang kurang cerdik saja daftar tingkatan enam , orang yang pandai pun ada . Tak semua yang masuk tingkatan enam ni tak menerima mana-mana tawaran . Ada yang dapat tawaran UPU tapi menolak tawaran tersebut . Itu lah manusia yang tak mengembangkan akal fikiran mereka ! cuba fikir positif sikit . Kalau semua manusia berfikiran kolot dan sempit begini mesti Tingkatan Enam tak kan ade orang yang mendaftar masuk ! KOSONG ! baik tutup je terus Institut Tingkata Enam kat malaysia ni . Same goes with kolej and politeknik . Kebanyakan manusia kat dunia ni menganggap budak U adalah budak yang pandai , tetapi sebenarnya tak semua yang pandai . same goes dengan tingkatan enam , politeknik dan kolej-kolej . Mereka menganggap pelajar di sini tak pandai , tapi sebenarnya ada je segelintir yang pandai . Kesimpulannya , jangan pandang rendah kat orang yang tak sambung pelajaran kat universiti selepas SPM . Fikir positif , kat mana-mana pun kita belajar sama je . Yang penting niat dan usaha kita sendiri . 

Kepada kawan-kawan yang akan mendaftar pada hari esok dan hari-hari yang seterusnya , selamat maju jaya dan take care ! Jangan mudah terpengaruh dengan gejala negatif . Kini kita akan masuk satu dunia yang sangat asing dalam hidup kita . Iaitu dunia baru untuk memulakan pengajian selepas bergelar pelajar sekolah . Walau dimana pun korang berada ingat ALLAH selalu . Sentiasa menunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAh , sebagai anak dan sebagai pelajar ! 





ini khas aku buat untuk mereka yang mengenali aku :) kat facebook dan instagram pun ade :)









Saturday, 18 May 2013

Assalamualaikum . 

Hari ni semua pelajar lepasan SPM berdebar debar menanti keputusan upu . Alhamdulillah aku salah satu yang berjaya merima tawaran ke uitm . Tapi sayang nya bidang yang ditawarkan jauh dari minat aku atau pun jauh dari keputusan SPM yang aku miliki ni . Keputusan SPM aku lebih cenderung ke arah akaun . Tapi bidang yang aku dapat adalah sains . Memang time SPM amebil sains akaun , tapi subjek sains aku tak sebagus subjek akaun . Subjek yang paling teruk aku dapat adalah kimia berbanding physic , addmath dan akaun . Bio ? Aku memang tak ambil bio . Aku drop bio then ambil akaun sebab aku minat untuk menjadi akauntan . Tapi sekarang ni aku tak tahu lah nak pilih berdasarkan minat atau keputusan UPU ? Memang lah keputusan di tangan aku , tapi aku takut keputusan yang bakal aku buat nii akan mendatangkan effect yang buruk pada diri aku suatu hari nanti ! Hari ni dah berpuluh orang aku tanya pendapat . Tapi biasalah setiap orang berbeza pendapat jadi aku hanya mampu mendengar dahulu tanpa membuat sebarang keputusan muktamad . Ada orang ni cakap " zaman sekarang majikan lebih memilih siswa/i yang memiliki sijil diploma + iijazah berbanding yang hanya memiliki ijazah sahaja " memang tak dinafikan perkara ini adalah benar . Tetapi ikut juga rezeki yang Allah nak bagi kan ? Ada kawan sorang ni pulak cakap "ambil STPM lagi okay . Masa pun cepat , nanti masuk universiti sambung ijazah terus . Diploma dah la lame . " yang cousin aku ni pulak , mak die dah tetapkan die masuk diploma then tolak tawaran ke matrik . Yang sorang ni pulak cikgu suruh dia ambil matrik berbanding diploma sebab membuang masa . Jadi sekarang ni aku tak tahu lah macam mana -..- aku buntu sangat . Bila hati aku dah nekad nak teruskan form six aku takut pula aku kalau aku dah lepaskan satu peluang atau jalan ke diploma walaupun bidang diploma tu bukan pilihan pertama aku . Tapi minat pun boleh dipupuk kan ? Dalam hadis pun ada berkata " jangan kamu terlalu membenci perkara itu kerana suatu hari nanti kamu pasti menyukai nya atau jangan pula kamu terlalu meminati nya padahal suatu hari nanti ia akan mendatangkan keburukan pada diri kamu ." aku takut aku akan jadik orang yang kedua tu sebab aku memilih bidang yang aku minati berbanding bidang yang aku tak berapa nak minat iaitu diploma teknologi polimer . Ya Allah bantu lah hamba Mu dalam membuat keputusan yang bijak yang mampu mendatangkan manfaat suatu hari nanti . Amin . 

Ni entry yang aku baca dalam google . Kisah dia sama dengan aku . 

 --> " Salam.... Saya punya list selepas SPM: * MINAT * KEPUTUSAN Tapi sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Bidang yang saya apply (UPU), based on saya punya minat & keputusan, tak ada satu pun yang berjaya. Perasaan masa tu? fuh....bercampur gaul, sedih, marah, benci & semua yang negatif2, almaklum kawan-kawan yang lain dah dapat surat tawaran (masa ni suka ikut/terpengaruh dengan kawan-kawan!).. Selepas tu, saya dapat tawaran ke Tingkatan 6. Memandangkan tak ada pilihan lain, saya terima (ikut kawan lagi+ takut tak dapat tawaran lain). Selepas seminggu dalam kelas, saya dapat tawaran ke IPTA, bidang yang langsung saya tak minat, lagi parah, saya tak tahu apa-apa yang berkaitan dengan bidang tersebut! Posted Image Akhirnya, selepas melalui proses perbincangan dengan keluarga& guru, dengan hati yang bergentayangan, saya terima tawaran tu. Masa ni masih ikut kata orang lain! bukan keputusan sendiri...Dan dari sini lah bermula satu perubahan besar dalam hidup saya.... Mungkin ya, situasi kita tak serupa dengan yang lain. Ni salah satu contoh pengalaman saya, bila kata hati tak seiring dengan apa yang kita nak kerjakan/hadapi. Apa yang saya nak tekankan, seperti juga kata seorang forumer, minat tu tak semestinya kita dapat bila kita nak buat sesuatu, tapi insyaallah kita boleh pupuk, bila kita set/niat " saya minat", "saya boleh", "saya suka" and etc2.  Lumrah, sesuatu tu susah bila kita mula-mula nak belajar/kenal/mesra. Tapi jangan putus asa untuk usaha sungguh-sungguh, doa then tawakal. Insyaallah, lepas tu, yang susah jadi senang, yang benci jadi sayangPosted Image Nasihat saya, based on pengalaman yang ciput ni,  1-sekali dah buat keputusan jangan sesekali mudah goyah/ ikut kawan/ ikut trend dekat sekeliling kita. Sekali melangkah, teruskan melangkah dengan cermat, walaupun ianya didasari dengan sesuatu yang bukan kita minat/suka, tetapkan matlamat yang kita akan sampai ke destinasi yang kita nak tujui dengan jayanya. Jangan berbolak-balik, sebab ia akan menimbulkan/mewujudkan banyak alasan yang sering kita guna untuk menyalahkan orang lain, atas kegagalan yang kita hadapi. 2- Apa yang penting adalah, selepas keputusan dibuat (tak kira la kita ikut result/minat).Jangan cari alasan untuk menimbulkan benda negatif atas tindakan yang kita dah ambil. Pandanglah yang positif, kerana hasilnya bergantung pada apa yang kita fikirkan. Aura negatif akanhanya memusnahkan anda! bukan membantu.. p/s:bidang yang saya sangat minat, berkaitan sains pertanian, yang saya dapat totally terjun dalam bidang AD. Even agak kontra dengan minat saya, terus belajar+usaha+doa+tawakal. Alhamdulillah, saya dah menamatkan pengajian , dan paling penting, saya juga bekerja dalam bidang yang sama, bidang yang dulunya tak pernah bertapak dalam hati saya! Allahu Akhbar, Allah Maha BesarPosted Image Alhamdulillah, saya rasa ia adalah antara perkara terbaik yang berlaku dalam hidup saya! walaupun pada mulanya , dasarnya amat keruh, tapi bila dah timbul dipermukaan...wah, indah sungguh aturan Sang PenciptaPosted Image Sekian, dua posen dari saya...hehehe "

okay itu sahaja isi hati berselirat hari ni ! haha

Friday, 17 May 2013

Assalamualaikum 

Awesome! daebakkkkk! Terpegun sangat tengok senior form 6 lelaki yang sangat sangat sporting! Kelakar sungguh telatah abang abang. Haha. Cantik dan smart jugak persembahan dikir barat senior SMK SUNGKAI ni walaupun majlis HARI GURU kat sini sangat sangat simple. Perancangan mereka pon biase biase je. Biasa lah sekolah kampung. Tapi walau apa apa pun persembahan abang abang senior paling best dan sporting habis lah. Ade someone ni serius gila bila buat persembahan dikir barat. Sometime ja die gelak. Aku pu. Tak paham dia ni. Bila kawan kawan dia buaty lawak macam nak tak nak ja dia gelak -.- haha tapi muka dia sweet ^^, haha nampak kegatalan di situ. 

Secara jujur dan tulus ikhlas dari hati laa aku cakap sambutan kat sini sangat biasa tapi not bad. Bukan nak merendahkan kemampuan mereka mengurus dan merancang tapi dah memang kenyataan dia macam tu. Pelajar pelajar tingkatan lain pun siap blah atau perkataan yang paling tepat adalah keluar je terus dari dewan tu walaupun majlis belum selesai. Memang dah menjadi kebiasaan kot perangai mereka sebegitu rupa. Sabar je lahhh. Kita menumpang je sekolah ni jadi malas nak masuk campur apa yang budak budak nak buat! Haha abaikan semua tu yang paling utama sekarang ni adalah belajar. Yahhhhh belajar belajar dan belajar sehingga berjaya. Tapi aku rindu sesangat nak sekolah kat Raja Perempuan. Perasaan jeles sentiasa ada pada kawan kawan yang dapat sambung tingkatan enam kat sana: -( so sadddddddd. Tapi apakan daya, dah takdir aku kat sekolah ni. Redha je lahhhh. Mesti sambutan hari guru kat RPS hari meriah kan?? Teringin nye nak tengok setiap persembahan yang bersemangat dan mantap puteri puteri RPS! Teringin sesangat!!! 

Tadi bukak group SMK RAJA PEREMPUAN kat facebook, junior form 5 masukkan video hari guru yang mereka buat. Cantik dan sangat kreatif. Selamat maju jaya rps. Seriusly sayang gila kat sekolah rps. Sekolah raja perempuan ni lah yang banyak sangat mengajar aku erti kehidupan, berdikari, menjadi seorang yang amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan sentiasa menghormati serta menjaga perasaan manusia di sekeliling aku. Seriusly seriusly seriusly rindu setiap saat detik dan jam semasa berada di sekolah ni. Detik di asrama tempat aku menginap selama lima tahun. Di padang sekolah di mana tempat aku beriadah, bermain hoki, berlari, melompat, merangkak bahkan berbaring pon pernah. Di dewan di kantin di dalam kelas, senang cerita di setiap penjuru sekolah tu mesti ade secebis kenangan dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Fly atau dikenali sebagai lompat pagar asrama dan pagar sekolah pun aku pernah buat. Bukan nak jadik budak jahat tapi nak cari pengalaman! Haha. Walau apa apa pun SMK RAJA PEREMPUAN sentiasa terpahat di hati dan sentiasa berada di dalam kotak ingatan aku. InshaAllah. Akhir ucapan untuk hari ni sebelum jarum panjang bergerak ke angka 12 , selamat hari guru kepada semua guru guru yang pernah mengajar anak pakcik mohamed suhimi dan cik zaiton ni. Terima kasih cikgu tadika kemas, cikgu sekolah rendah Sk trolak selatan, cikgu sekolah menengah, smk trolak (walaupun sehari je masuk ) , smk mutiara impian penang ( sebulan lebih ) , smk raja perempuan (5 tahun ) , smk sungkai (tingkatan enam ) dan cikgu cikgu tuisyen serta kepada semua manusia yang bergelar guru, teacher, sir, tuan dan puan ^^, happy teacher's day :-)

Saturday, 11 May 2013

SMK SUNGKAI! 

Assalamualaikum. 

Jarum pendek jam dinding aku telah menunjukkan angka 2 tapi aku tetap tidak tidur lagi -.- haha ape nak jadi la ni tido lewat sangat. Semua ni gara gara dah tido time balik sekolah siang tadi.lama juga aku tido sampai tak sedar hujan lebat sekali pakej dengan guruh yang berdentam dentum. Uisss payah tido mati ni. Kalau letak bom kat sebelah pon belum tentu terjaga! Haha Siang tadi adalah hari pertama aku pergi ke sekolah Sungkai untuk mendaftarkan diri setelah cuti sendiri pada hari sebelum nya. 

First pendaftaran, aku kene pergi daftar kat sekolah lama yang TERCINTA iaitu SMK RAJA PEREMPUAN ipoh. Sekolah RPS adalah sekolah ketiga selepas SMK MUTIARA IMPIAN dan SMK TROLAK. Time form 1 aku daftar di ketiga tiga sekolah ni. Lawak kan. Asyik berpindah randah je. Tapi best dapat banyak pengalaman dan kenangan. Kawan pon dapat di setiap sekolah. Okay sebenarnya aku nak cerita pasal sekolah yang terbaru ni. Smk sungkai!!! Sekolah ni not bad la. Bila kereta myvi merah dah melepasi pagar sekolah jantung aku pon mula la mainkan bermacam jenis lagu. Dup dap dup dap! Bole pulak time pendaftaran aku tak bawak surat tawaran -.-" fuhhhhh gelabah bewak la aku . Tapi aku buat expresi muka yang tenangggg jaa! So tak de lah nampak takut takut atau perkataan yang paling tepat adalah kelam kabut! Haha. Aku pergi daftar berteman bukan berseorangan. Time kami masuk dewan sekola h tu kami ingat kami adalah orang yang paling lewat sebab jam telah menunjukkan ke angka 8 lebih dah. Haha rupa rupa nya budak besOUT lagi lambat pukul 9 baru sampai. Tapi diantara banyak banyak perempuan kamilah yang pelik, aneh dan ganjil. Sebab kami masih menyarungkan kain biru seperti budak tingkatan 5 disana. Haha. Dengan kasut putih nye lagi. Memang selamberr. Yang lain dah pakai lengkap ciri ciric FORM 6 yang cemerlang la katakan . Kami ni terbawa bawa gaya sekolah lama. Sebab kat Rps form 6 still pakai kain biru -.- Kat sini pulak form 6 kene pakai kain hitam , baju dan tudung puting , dan kasut hitam :)

Takpe kot rasa nya . First sekolah boleh dimaafkan lagi ^^, huhu

Tuesday, 23 April 2013

UPU :)

Assalammualaikum .

Jauh perjalanan luas permandangan . Haha . Hari ni penat merempit dari trolak selatan ke bidor . Ini lah rutin AS bila dapat cuti . Pi mai pi mai tang tu jugak . Tak kemana pon !

Hari ni AS pi ke sana pi ke sini sampai tak taw nak kemana dah . Semua tempat AS singgah . First keluar rumah terus cari makanan untuk "my boy" . Karang kalau tak kasi dia makan dia tak nak bawak cekk , haru cekk kene jalan kaki atau pun naik bas ! wowww tak sanggup AS . Lagi suka naik "my boy" ni daripada naik kenderaan awam . After tu pi pejabat pos untuk buat ASB . Cekk dah cukup umuq so pi buat sendiri laaa . Dah besaq la katakan . Haha besaq la sangat padahal kecik ja ;) Hari ni my lucky sebab kat pejabat pos tak ramai orang . Selalu nye ramai pakcik makcik dah bertenggek kat sana pepagi bute begini . Then AS pi shopping sikit di beberapa tempat yang berdekatan sini . After that AS terus serbu ini punya cc . Udah la ramai chinese guys ! Muka macam orang korea tuhhh ! Cayyaaqq hati cekk :) Gatai sat .

Tujuan AS pi cc hari ni sebenaqnya nak pi semak tarikh temuduga UPU . Punya lah excited , dari semalam dalam otak ni asyik pikiaq sok nak pi cc sat nak pi semak UPU . Alih alih AS punya course tak dak temuduga pon . Sengal kan . Hahaha punya la lama dok depan cc ni baru lah AS teringat yang semua course yang AS amek mane ade tanda H-tag ni " # " . Haha . Hanya mereka mereka yang mempunyai tanda H-tag ni je yang WAJIB semak kat UPU . Bukan nya orang orang yang macam saya ni ! atoyaiii . Nasib la labu . Dah dpat hadap cc ape lagi , update blog laa ! Bosan asyik online ja . Baik menulis sikit !

Esok kene datang sini lagi sebab nak semak MAKTAB dan MATRIK . AS harap sangat dapat tawaran ke maktab ataupun matrik . Tapi walau apapun doa yang penting ! Kalau rezeki kite kat sana maka Allah akan bagi :) Jadi sekarang doa dan tawakal je la :)
Ya Allah denagn izin mu InshaAllah aku mampu untuk melanjutkan pelajaran didalam bidang yang aku minati . Amin ~

Monday, 22 April 2013

Assalamualaikum .

Hari ni free so AS pergi la mengGOOGLE di internet . Macam macam AS cari . Semuanya berkaitan dengan lepasan SPM :) First semak kelayakan kemasukan ke upu . tapi tak jumpa pun lagi , 25 ni baru nak semak lagi sekali . Nak semak maktab dan matrikulasi sekali . Result AS tak gempak macam kawan kawan yang lain . A tu ade tapi tak banyak macam mereka . Haha . Perasaan menyesal tu masih menghantui diri sebab tak belajar bersungguh sungguh dulu . Tapi apakan daya usaha yang tak seberapa tu meyebabkan AS dapat result pon tak berapa bagus . Tapi kawan kawan AS kata result tu dah cukup bagus berbanding orang lain . Tapi walau apa pun AS tetap bersyukur dengan apa yang dimiliki . Mungkin rezeki AS hanya ini je . Yang selebihnya mungkin AS akan dapat di luar kelak . AS terkilan sikit sebab result AS membuatkan AS tak dapat nak ambil foundation engineering kat universiti . Impian untuk menjadi enngineering terkabur sedikit demi sedikit sebab result AS lebih kepada accountancy . Mungkin disini Allah dah tunjukkan jalan yang patut AS pilih kan ?? AS ambil subjek sains akaun . Dulu semasa zaman persekolahan "aim" AS ialah engineering atau accountancy . AS sering berfikir tentang dua bidang ni . Tapi engineering adalah pilihan yang paling utama berbanding accountant sebenarnye . Tapi apakan daya result telah tercatat sebegitu . Sekarang AS takyah nak pening kan kepala memikirkan isu ni dah . So jalan yang patut dipilih sudah terbentang luas dihadapan . Jadi ACCOUNTANCY adalah pilihan untuk menyambung pelajaran ke universiti kelak :) Walaupun ade sedikit kecewa tapi kita tetap kene teruskan perjuangan hidup . Sebenarnya kejadian ini boleh dijadikan pengajaran dan motivasi untuk diri , lepas ni AS tak boleh main main dalam isu pelajaran . Jangan asyik nak enjoy je sampai pelajaran terabai . Dulu time PMR result dah gempak tapi time SPM kecundang sedikit sebab tak serius :( Dulu time form 4 dan form 5 selalu skip kelas kalau malas nak belajar  , kerja rumah yang cikgu bagi pon selalu copy kawan kalau tak sempat buat . Bukan apa , AS ni aktif dalam sukan hoki . Jadi setiap petang dan hari cuti ade training . Bila AS game di luar kawasan selama beberapa hari , automatik semua subjek tertiinggal semasa sesi pembelajaran didalam kelas . Bila pulang dari game tak sempat nak jumpa cikgu untuk belajar subjek yang tertinggal tu . Bila balik je dari game mesti ade je aktiviti yang perlu dilakukan . So bila dah penat tahap maksima semua benda jadik malas nak buat . Inilah punca AS tak dapat bahagikan masa dengan betul sebab tu jadik begini di pengakhiran sekolah . Tak boleh nak salahkan sesiapa la kan ? diri sendiri yang salah :( nak menyesal pun dah tak berguna . So jalan yang selamat , teruskan hidup walau apapun yang terjadi kelak :) AS dah nekad selepas ni , bila dah sambung belajar , AS  akan belajar bersungguh sungguh . Dan mampu untuk mendapat anugerah DEKAN bagi setiap sem . AS pon harap yang AS tak kan ter kena "culture shock" di universiti nanti ! InsyaAllah  amin .
Assalamualaikum . Hari ni baru on blog setelah sekian lama ditinggalkan . Maaf kerana blog ni terlampau berhabuk .takde mase nak menulis . Sedar tak sedar dah masuk bulan 4 tahun 2013 dah kan ?? . Sebelum bercerita kisah terbaru A.s nk mengimbas kembali detik saat dan ketika tamat SPM dulu . Woww ! Dah MERDEKA ! haha . A.s punye last paper 28 haribulan iatu paper akaun . A.s amek kelas sains akaun semasa di tingkatan empat dan lima . Subjek dalam kelas ni agak.mencabar kerana matapelajarannya lebih kepada kira kira . Tapi walau apapun sangat best sebab mata pelajaran ni sangat mencabar . Haha .Selesai sahaja kertas 2 akaun pada petang tu a.s terus packing barang-barang untuk pulang kerumah . Tapi bukan pulang ke tempat asal yee . A.s terus pulang ke rumah sewa AFNAN COLLECTION . Di sini lah bermulanya perjalanan hidup a.s sebagai pekerja sambilan a.k.a part time . First dapat masuk kerje sanat sangat teruja sampai tak menyempat balik kerumah sendiri . HAHA . Seminggu bekerje mula la terasa sangat penat .. Pastu mula la meru nguut kat kakak a.s nak berhenti keje . Yelaa . Bukan senang sebenarnya nak mencari duit ni . Ingat kerja tu perkara main main ke ?? Haha salah sama sekali . Jika a.s diberi pilihan a.s memang tak nak keje . Baik duk kat rumah layan movie atau drama korea . Haha . Tapi disebabkan nak sangat ada simpana sendiri dan nak cuba belajar berdikari akhirnya a.s kerje jugak kat sini . Pej celik pejam celik , sedar tak sedar dah hampir 5 bulan a.s kerje . Haha . Lama kan ?? Tapi seriously penat yang teramat sangat . Sekelip mata rasa insaf tu datang menjengah diri ni . Kini baru lah sedar bertapa susah nya ayah dan mama mencari rezeki untuk membiayai kami berempat . Hurmm bila difikir balik rasa menyesal pulak selalu meminta minta duit kat ayah untuk membeli benda yang tak penting . Jadi denhgan pengalamn bkerje ni dapat la a.s merasa sendiri betapa sukar nya untuk mencari duit walau untuk sesuap nasi . Duit tu bukan datang dari langit kalu tak berusah untuk bekerje .