Assalamualaikum .
Hari ni free so AS pergi la mengGOOGLE di internet . Macam macam AS cari . Semuanya berkaitan dengan lepasan SPM :) First semak kelayakan kemasukan ke upu . tapi tak jumpa pun lagi , 25 ni baru nak semak lagi sekali . Nak semak maktab dan matrikulasi sekali . Result AS tak gempak macam kawan kawan yang lain . A tu ade tapi tak banyak macam mereka . Haha . Perasaan menyesal tu masih menghantui diri sebab tak belajar bersungguh sungguh dulu . Tapi apakan daya usaha yang tak seberapa tu meyebabkan AS dapat result pon tak berapa bagus . Tapi kawan kawan AS kata result tu dah cukup bagus berbanding orang lain . Tapi walau apa pun AS tetap bersyukur dengan apa yang dimiliki . Mungkin rezeki AS hanya ini je . Yang selebihnya mungkin AS akan dapat di luar kelak . AS terkilan sikit sebab result AS membuatkan AS tak dapat nak ambil foundation engineering kat universiti . Impian untuk menjadi enngineering terkabur sedikit demi sedikit sebab result AS lebih kepada accountancy . Mungkin disini Allah dah tunjukkan jalan yang patut AS pilih kan ?? AS ambil subjek sains akaun . Dulu semasa zaman persekolahan "aim" AS ialah engineering atau accountancy . AS sering berfikir tentang dua bidang ni . Tapi engineering adalah pilihan yang paling utama berbanding accountant sebenarnye . Tapi apakan daya result telah tercatat sebegitu . Sekarang AS takyah nak pening kan kepala memikirkan isu ni dah . So jalan yang patut dipilih sudah terbentang luas dihadapan . Jadi ACCOUNTANCY adalah pilihan untuk menyambung pelajaran ke universiti kelak :) Walaupun ade sedikit kecewa tapi kita tetap kene teruskan perjuangan hidup . Sebenarnya kejadian ini boleh dijadikan pengajaran dan motivasi untuk diri , lepas ni AS tak boleh main main dalam isu pelajaran . Jangan asyik nak enjoy je sampai pelajaran terabai . Dulu time PMR result dah gempak tapi time SPM kecundang sedikit sebab tak serius :( Dulu time form 4 dan form 5 selalu skip kelas kalau malas nak belajar , kerja rumah yang cikgu bagi pon selalu copy kawan kalau tak sempat buat . Bukan apa , AS ni aktif dalam sukan hoki . Jadi setiap petang dan hari cuti ade training . Bila AS game di luar kawasan selama beberapa hari , automatik semua subjek tertiinggal semasa sesi pembelajaran didalam kelas . Bila pulang dari game tak sempat nak jumpa cikgu untuk belajar subjek yang tertinggal tu . Bila balik je dari game mesti ade je aktiviti yang perlu dilakukan . So bila dah penat tahap maksima semua benda jadik malas nak buat . Inilah punca AS tak dapat bahagikan masa dengan betul sebab tu jadik begini di pengakhiran sekolah . Tak boleh nak salahkan sesiapa la kan ? diri sendiri yang salah :( nak menyesal pun dah tak berguna . So jalan yang selamat , teruskan hidup walau apapun yang terjadi kelak :) AS dah nekad selepas ni , bila dah sambung belajar , AS akan belajar bersungguh sungguh . Dan mampu untuk mendapat anugerah DEKAN bagi setiap sem . AS pon harap yang AS tak kan ter kena "culture shock" di universiti nanti ! InsyaAllah amin .
No comments:
Post a Comment