Pages

Saturday, 18 May 2013

Assalamualaikum . 

Hari ni semua pelajar lepasan SPM berdebar debar menanti keputusan upu . Alhamdulillah aku salah satu yang berjaya merima tawaran ke uitm . Tapi sayang nya bidang yang ditawarkan jauh dari minat aku atau pun jauh dari keputusan SPM yang aku miliki ni . Keputusan SPM aku lebih cenderung ke arah akaun . Tapi bidang yang aku dapat adalah sains . Memang time SPM amebil sains akaun , tapi subjek sains aku tak sebagus subjek akaun . Subjek yang paling teruk aku dapat adalah kimia berbanding physic , addmath dan akaun . Bio ? Aku memang tak ambil bio . Aku drop bio then ambil akaun sebab aku minat untuk menjadi akauntan . Tapi sekarang ni aku tak tahu lah nak pilih berdasarkan minat atau keputusan UPU ? Memang lah keputusan di tangan aku , tapi aku takut keputusan yang bakal aku buat nii akan mendatangkan effect yang buruk pada diri aku suatu hari nanti ! Hari ni dah berpuluh orang aku tanya pendapat . Tapi biasalah setiap orang berbeza pendapat jadi aku hanya mampu mendengar dahulu tanpa membuat sebarang keputusan muktamad . Ada orang ni cakap " zaman sekarang majikan lebih memilih siswa/i yang memiliki sijil diploma + iijazah berbanding yang hanya memiliki ijazah sahaja " memang tak dinafikan perkara ini adalah benar . Tetapi ikut juga rezeki yang Allah nak bagi kan ? Ada kawan sorang ni pulak cakap "ambil STPM lagi okay . Masa pun cepat , nanti masuk universiti sambung ijazah terus . Diploma dah la lame . " yang cousin aku ni pulak , mak die dah tetapkan die masuk diploma then tolak tawaran ke matrik . Yang sorang ni pulak cikgu suruh dia ambil matrik berbanding diploma sebab membuang masa . Jadi sekarang ni aku tak tahu lah macam mana -..- aku buntu sangat . Bila hati aku dah nekad nak teruskan form six aku takut pula aku kalau aku dah lepaskan satu peluang atau jalan ke diploma walaupun bidang diploma tu bukan pilihan pertama aku . Tapi minat pun boleh dipupuk kan ? Dalam hadis pun ada berkata " jangan kamu terlalu membenci perkara itu kerana suatu hari nanti kamu pasti menyukai nya atau jangan pula kamu terlalu meminati nya padahal suatu hari nanti ia akan mendatangkan keburukan pada diri kamu ." aku takut aku akan jadik orang yang kedua tu sebab aku memilih bidang yang aku minati berbanding bidang yang aku tak berapa nak minat iaitu diploma teknologi polimer . Ya Allah bantu lah hamba Mu dalam membuat keputusan yang bijak yang mampu mendatangkan manfaat suatu hari nanti . Amin . 

Ni entry yang aku baca dalam google . Kisah dia sama dengan aku . 

 --> " Salam.... Saya punya list selepas SPM: * MINAT * KEPUTUSAN Tapi sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.Bidang yang saya apply (UPU), based on saya punya minat & keputusan, tak ada satu pun yang berjaya. Perasaan masa tu? fuh....bercampur gaul, sedih, marah, benci & semua yang negatif2, almaklum kawan-kawan yang lain dah dapat surat tawaran (masa ni suka ikut/terpengaruh dengan kawan-kawan!).. Selepas tu, saya dapat tawaran ke Tingkatan 6. Memandangkan tak ada pilihan lain, saya terima (ikut kawan lagi+ takut tak dapat tawaran lain). Selepas seminggu dalam kelas, saya dapat tawaran ke IPTA, bidang yang langsung saya tak minat, lagi parah, saya tak tahu apa-apa yang berkaitan dengan bidang tersebut! Posted Image Akhirnya, selepas melalui proses perbincangan dengan keluarga& guru, dengan hati yang bergentayangan, saya terima tawaran tu. Masa ni masih ikut kata orang lain! bukan keputusan sendiri...Dan dari sini lah bermula satu perubahan besar dalam hidup saya.... Mungkin ya, situasi kita tak serupa dengan yang lain. Ni salah satu contoh pengalaman saya, bila kata hati tak seiring dengan apa yang kita nak kerjakan/hadapi. Apa yang saya nak tekankan, seperti juga kata seorang forumer, minat tu tak semestinya kita dapat bila kita nak buat sesuatu, tapi insyaallah kita boleh pupuk, bila kita set/niat " saya minat", "saya boleh", "saya suka" and etc2.  Lumrah, sesuatu tu susah bila kita mula-mula nak belajar/kenal/mesra. Tapi jangan putus asa untuk usaha sungguh-sungguh, doa then tawakal. Insyaallah, lepas tu, yang susah jadi senang, yang benci jadi sayangPosted Image Nasihat saya, based on pengalaman yang ciput ni,  1-sekali dah buat keputusan jangan sesekali mudah goyah/ ikut kawan/ ikut trend dekat sekeliling kita. Sekali melangkah, teruskan melangkah dengan cermat, walaupun ianya didasari dengan sesuatu yang bukan kita minat/suka, tetapkan matlamat yang kita akan sampai ke destinasi yang kita nak tujui dengan jayanya. Jangan berbolak-balik, sebab ia akan menimbulkan/mewujudkan banyak alasan yang sering kita guna untuk menyalahkan orang lain, atas kegagalan yang kita hadapi. 2- Apa yang penting adalah, selepas keputusan dibuat (tak kira la kita ikut result/minat).Jangan cari alasan untuk menimbulkan benda negatif atas tindakan yang kita dah ambil. Pandanglah yang positif, kerana hasilnya bergantung pada apa yang kita fikirkan. Aura negatif akanhanya memusnahkan anda! bukan membantu.. p/s:bidang yang saya sangat minat, berkaitan sains pertanian, yang saya dapat totally terjun dalam bidang AD. Even agak kontra dengan minat saya, terus belajar+usaha+doa+tawakal. Alhamdulillah, saya dah menamatkan pengajian , dan paling penting, saya juga bekerja dalam bidang yang sama, bidang yang dulunya tak pernah bertapak dalam hati saya! Allahu Akhbar, Allah Maha BesarPosted Image Alhamdulillah, saya rasa ia adalah antara perkara terbaik yang berlaku dalam hidup saya! walaupun pada mulanya , dasarnya amat keruh, tapi bila dah timbul dipermukaan...wah, indah sungguh aturan Sang PenciptaPosted Image Sekian, dua posen dari saya...hehehe "

okay itu sahaja isi hati berselirat hari ni ! haha

No comments:

Post a Comment