hye blogger ! Penat baru balik kerje . Ramai jugak customer malam tadi sehingga tak terlena aku . Okay hari ni nak bercerita mengenai kawan-kawan yang akan mendaftar untuk menyambung pelajaran .
Tarikh 27 Mei iaitu esok , kawan-kawan yang dapat matrik akan mula memasuki dunia matrik ! Orang cakap matrik ni budak-budak pandai je yang boleh masuk , tapi hakikatnya tak pun . Budak yang dapat 1A , 2A dan 3A pun dah boleh masuk janji lepas syarat kelayakan paling minimum mengikut bidang yang mereka apply ! Aku dapat ke tak ? Hurmmm sadlife :( aku tak dapat sebab aku apply course sains dan tidak melepasi syarat kelayakan paling minimum untuk course ni . Result aku lepas syarat untuk apply akaun jee . Mungkin matrik bukan rezeki aku kan ? Cikgu akaun aku sangat terkejut sebab aku tak dapat matrik . Then aku pun cerita la kat cikgu dari A to Z . Cikgu suh aku buat surat rayuan ke matrik sebab cikgu kata result aku bagus untuk apply akaun . So aku pun patuh la pada setiap arahannya . Setiap butir perkataan cikgu yang sponsor . HAHA . aku just menaip je . Tapi aku hanya mampu menunggu untuk second intake je lahh . Thanks a lot cikgu . Nak tahu tak ape nama cikgu tu ? Nama cikgu , Pn Norosliza . Cikgu orang kelantan dan sangat penyanyang . Cikgu ni mengajar aku subjek akaun . So far Alhamdulillah akaun aku dapat A dan lepas syarat untuk aku mendapatkan sijil LCCI . Google cakap sijil ini sangat lumayan sebab bertaraf A level o,o wooohhh ! aku adalah salah seorang yang beruntung kerana dapat memiliki sijil ni . Aku memang dah aim dari form 4 lagi nak dapatkan sijil berharga ni . Alhamdulillah aku dapat :) Sekarang aku hanya perlu menunggu result rayuan matrikulasi . Kawan aku cakap result rayuan maybe keluar 9 JUN . So wait and see :)
Okay dah tamat cerita pasal matrikulasi . Sekarang kite buka cerita pasal UPU . Apakah UPU ? UPU adalah singkatan bagi Unit Penempatan Universiti . Result UPU keluar 24 MEI . Tarikh pendaftaran pulak 2 JUN ni . Alhamdulillah nama aku tersenarai antara berpuluh ribu calon SPM 2012 kat malaysia ni . Tapi ..... ada tapi nya disini -.- aku dapat course yang aku tak berapa nak minat :( course diploma teknologi polimer ! tahu ke ape tu teknologi polimer ?? teknologi polimer tu pembuatan getah dan plastik . Course ni lebih kepada chemistry . Masalah nya disini ialah , antara 9 subjek yang aku amek , chemistry la subjek yang paling teruk ! aku dapat D . teruk kan ? kalau korang jadik aku korang berani tak nak ambil course ni ? mestilah tak kan ! melainkan kalau korang betul-betul minat . Aku tanya pendapat orang ramai , semua bagi pandangan yang berbeza . Aku buntu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan aku . So jalan yang terbaik adalah buat solat istikharah .
Keputusan terkini --> aku lepaskan peluang untuk memasuki UITM Araustralia Perthlis dalam bidang teknologi polimer . Kini aku bergelar pelajar Tingkatan Enam . Mungkin masa depan aku bukan disana . Aku ingat hanya aku satu-satunya yang melepaskan peluang masuk U ni , rupa-rupanya kawan aku pun sama . Dia pun pilih Tingkatan Enam :) Sebenarnya tingkatan enam ni not bad , just ada segelintir manusia yang memandang rendah terhadap orang yang mengambil Tingkatan Enam ni . Mereka anggap Tingkatan ni " low class " , budak yang tak berapa cerdik je masuk tingkatan enam ! Hakikatnya bukan orang yang kurang cerdik saja daftar tingkatan enam , orang yang pandai pun ada . Tak semua yang masuk tingkatan enam ni tak menerima mana-mana tawaran . Ada yang dapat tawaran UPU tapi menolak tawaran tersebut . Itu lah manusia yang tak mengembangkan akal fikiran mereka ! cuba fikir positif sikit . Kalau semua manusia berfikiran kolot dan sempit begini mesti Tingkatan Enam tak kan ade orang yang mendaftar masuk ! KOSONG ! baik tutup je terus Institut Tingkata Enam kat malaysia ni . Same goes with kolej and politeknik . Kebanyakan manusia kat dunia ni menganggap budak U adalah budak yang pandai , tetapi sebenarnya tak semua yang pandai . same goes dengan tingkatan enam , politeknik dan kolej-kolej . Mereka menganggap pelajar di sini tak pandai , tapi sebenarnya ada je segelintir yang pandai . Kesimpulannya , jangan pandang rendah kat orang yang tak sambung pelajaran kat universiti selepas SPM . Fikir positif , kat mana-mana pun kita belajar sama je . Yang penting niat dan usaha kita sendiri .
Kepada kawan-kawan yang akan mendaftar pada hari esok dan hari-hari yang seterusnya , selamat maju jaya dan take care ! Jangan mudah terpengaruh dengan gejala negatif . Kini kita akan masuk satu dunia yang sangat asing dalam hidup kita . Iaitu dunia baru untuk memulakan pengajian selepas bergelar pelajar sekolah . Walau dimana pun korang berada ingat ALLAH selalu . Sentiasa menunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAh , sebagai anak dan sebagai pelajar !
ini khas aku buat untuk mereka yang mengenali aku :) kat facebook dan instagram pun ade :)
No comments:
Post a Comment