Pages

Saturday, 11 May 2013

SMK SUNGKAI! 

Assalamualaikum. 

Jarum pendek jam dinding aku telah menunjukkan angka 2 tapi aku tetap tidak tidur lagi -.- haha ape nak jadi la ni tido lewat sangat. Semua ni gara gara dah tido time balik sekolah siang tadi.lama juga aku tido sampai tak sedar hujan lebat sekali pakej dengan guruh yang berdentam dentum. Uisss payah tido mati ni. Kalau letak bom kat sebelah pon belum tentu terjaga! Haha Siang tadi adalah hari pertama aku pergi ke sekolah Sungkai untuk mendaftarkan diri setelah cuti sendiri pada hari sebelum nya. 

First pendaftaran, aku kene pergi daftar kat sekolah lama yang TERCINTA iaitu SMK RAJA PEREMPUAN ipoh. Sekolah RPS adalah sekolah ketiga selepas SMK MUTIARA IMPIAN dan SMK TROLAK. Time form 1 aku daftar di ketiga tiga sekolah ni. Lawak kan. Asyik berpindah randah je. Tapi best dapat banyak pengalaman dan kenangan. Kawan pon dapat di setiap sekolah. Okay sebenarnya aku nak cerita pasal sekolah yang terbaru ni. Smk sungkai!!! Sekolah ni not bad la. Bila kereta myvi merah dah melepasi pagar sekolah jantung aku pon mula la mainkan bermacam jenis lagu. Dup dap dup dap! Bole pulak time pendaftaran aku tak bawak surat tawaran -.-" fuhhhhh gelabah bewak la aku . Tapi aku buat expresi muka yang tenangggg jaa! So tak de lah nampak takut takut atau perkataan yang paling tepat adalah kelam kabut! Haha. Aku pergi daftar berteman bukan berseorangan. Time kami masuk dewan sekola h tu kami ingat kami adalah orang yang paling lewat sebab jam telah menunjukkan ke angka 8 lebih dah. Haha rupa rupa nya budak besOUT lagi lambat pukul 9 baru sampai. Tapi diantara banyak banyak perempuan kamilah yang pelik, aneh dan ganjil. Sebab kami masih menyarungkan kain biru seperti budak tingkatan 5 disana. Haha. Dengan kasut putih nye lagi. Memang selamberr. Yang lain dah pakai lengkap ciri ciric FORM 6 yang cemerlang la katakan . Kami ni terbawa bawa gaya sekolah lama. Sebab kat Rps form 6 still pakai kain biru -.- Kat sini pulak form 6 kene pakai kain hitam , baju dan tudung puting , dan kasut hitam :)

Takpe kot rasa nya . First sekolah boleh dimaafkan lagi ^^, huhu

No comments:

Post a Comment