Pages

Friday, 17 May 2013

Assalamualaikum 

Awesome! daebakkkkk! Terpegun sangat tengok senior form 6 lelaki yang sangat sangat sporting! Kelakar sungguh telatah abang abang. Haha. Cantik dan smart jugak persembahan dikir barat senior SMK SUNGKAI ni walaupun majlis HARI GURU kat sini sangat sangat simple. Perancangan mereka pon biase biase je. Biasa lah sekolah kampung. Tapi walau apa apa pun persembahan abang abang senior paling best dan sporting habis lah. Ade someone ni serius gila bila buat persembahan dikir barat. Sometime ja die gelak. Aku pu. Tak paham dia ni. Bila kawan kawan dia buaty lawak macam nak tak nak ja dia gelak -.- haha tapi muka dia sweet ^^, haha nampak kegatalan di situ. 

Secara jujur dan tulus ikhlas dari hati laa aku cakap sambutan kat sini sangat biasa tapi not bad. Bukan nak merendahkan kemampuan mereka mengurus dan merancang tapi dah memang kenyataan dia macam tu. Pelajar pelajar tingkatan lain pun siap blah atau perkataan yang paling tepat adalah keluar je terus dari dewan tu walaupun majlis belum selesai. Memang dah menjadi kebiasaan kot perangai mereka sebegitu rupa. Sabar je lahhh. Kita menumpang je sekolah ni jadi malas nak masuk campur apa yang budak budak nak buat! Haha abaikan semua tu yang paling utama sekarang ni adalah belajar. Yahhhhh belajar belajar dan belajar sehingga berjaya. Tapi aku rindu sesangat nak sekolah kat Raja Perempuan. Perasaan jeles sentiasa ada pada kawan kawan yang dapat sambung tingkatan enam kat sana: -( so sadddddddd. Tapi apakan daya, dah takdir aku kat sekolah ni. Redha je lahhhh. Mesti sambutan hari guru kat RPS hari meriah kan?? Teringin nye nak tengok setiap persembahan yang bersemangat dan mantap puteri puteri RPS! Teringin sesangat!!! 

Tadi bukak group SMK RAJA PEREMPUAN kat facebook, junior form 5 masukkan video hari guru yang mereka buat. Cantik dan sangat kreatif. Selamat maju jaya rps. Seriusly sayang gila kat sekolah rps. Sekolah raja perempuan ni lah yang banyak sangat mengajar aku erti kehidupan, berdikari, menjadi seorang yang amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan sentiasa menghormati serta menjaga perasaan manusia di sekeliling aku. Seriusly seriusly seriusly rindu setiap saat detik dan jam semasa berada di sekolah ni. Detik di asrama tempat aku menginap selama lima tahun. Di padang sekolah di mana tempat aku beriadah, bermain hoki, berlari, melompat, merangkak bahkan berbaring pon pernah. Di dewan di kantin di dalam kelas, senang cerita di setiap penjuru sekolah tu mesti ade secebis kenangan dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Fly atau dikenali sebagai lompat pagar asrama dan pagar sekolah pun aku pernah buat. Bukan nak jadik budak jahat tapi nak cari pengalaman! Haha. Walau apa apa pun SMK RAJA PEREMPUAN sentiasa terpahat di hati dan sentiasa berada di dalam kotak ingatan aku. InshaAllah. Akhir ucapan untuk hari ni sebelum jarum panjang bergerak ke angka 12 , selamat hari guru kepada semua guru guru yang pernah mengajar anak pakcik mohamed suhimi dan cik zaiton ni. Terima kasih cikgu tadika kemas, cikgu sekolah rendah Sk trolak selatan, cikgu sekolah menengah, smk trolak (walaupun sehari je masuk ) , smk mutiara impian penang ( sebulan lebih ) , smk raja perempuan (5 tahun ) , smk sungkai (tingkatan enam ) dan cikgu cikgu tuisyen serta kepada semua manusia yang bergelar guru, teacher, sir, tuan dan puan ^^, happy teacher's day :-)

No comments:

Post a Comment