Pages

Tuesday, 10 June 2014

RESULT !

Apa sudah terjadi pada tanggal 5 JUN 2014 ?
Pada tarikh 5hb ini semua pelajar matrikulasi malaysia menerima keputusan peperiksaan untuk sem 2 untuk pelajar PST dan sem 4 untuk pelajar PDT .
Actually malam 5hb tu pelajar matrik dah bole check result , but aku tak check pun .
Kenapa tak check ? Orang lain dah tak sabar-sabar nak check !
Aku bukan tak nak check , tapi pikiran tak tenteram dan fizikal still penat sebab malam tu sampai kat rumah lewat . Dalam pukul 11 gitu sampai rasa nya . Siang hari dah penat berjalan sakan so malam nya energy dah habis ! Pelbagai kemungkinan yang berlegar kat fikiran aku malam tu . Kawan-kawan duk sibuk sent message tanye dah check ke belum . So aku dengan selamba jawab aku malas check . Esok pagi baru aku check . Dari message-message yang dorang hanta , semuanya nampak happy . Aku jadi semakin gabra sebab aku still tak check lagi ! Ottokee ?? So aku tetapkan pendirian ! Aku nekad esok aku akan check ! Padahal malam tu aku dah berbolak balik fikir
" nak check ke tak nak, nak check ke tak ? "
" kalau check malam ni , kalau result tak seperti yang aku harapakan aku pulak yang sedih ! dah la otak dan fizikal still penat ni ! kang tak pasai-pasai aku menangis semalam "

So the end aku check 5hb jam 11 pagi .

Message / whats app / we chat still active dan masuk bertalu-talu . Dalam group semua pakat tanya result macam mana ? Sape dapat 4 flat ?

" Tyra result bape ? hang mesti 4 flat kan ? "
" achik 4 flat eak ? "

RESULT AKU ?
Alhamdulillah walaupun tak dapat result yang aku harapkan tapi aku tetap bersyukur . Mungkin salah diri aku sendiri sebab tak serius study .
1 subjek killer hancussss !
Mungkin aku ade fikir negative tentang cikgu yang ajar aku sem 2 dulu . Bukan aku tak suka cikgu tu , aku sayang cikgu tu ! Takpe la . Ingat perancangan Allah lebih baik daripada manusia . Mungkin ada hikmah kenapa aku tak dapat 4 FLAT walaupun aku confident boleh dapat 4 flat after jawab exam .

Walauapapun say ALHAMDULILLAH :)

Aku terkilan sikit dengan pencapaian diri aku . Ye memang salah aku . Terlalu confident dan terlalu mengharap . Course yang aku nak tu memerlukan minimum 3.75 .
Sekarang kan terlalu ramai orang pandai kat malaysia ni . Aku rasa macam nak nangis lepas tengok result aku . Jangan menyesal dah . Dah tak guna menyesal sekarang !

Now , kita kene meneruskan perjalanan. Aku berharap dan berdoa sangat aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah . Aku yakin dengan rezeki yang ALLAH kurniakan untuk hamba-Nya .

Ya Allah permudahkanlah urusan dan perjalanan kami untuk melanjutkan pelajaran kami di peringkat ijazah dan InsyaAllah dengan izin-MU kami mampu menjejakkkan kaki kemenara gading . Amin ya rabbal 'alamin.

hanya kepada Mu hamba Mu berserah dan berharap ya Allah .















No comments:

Post a Comment