Pages

Tuesday, 23 April 2013

UPU :)

Assalammualaikum .

Jauh perjalanan luas permandangan . Haha . Hari ni penat merempit dari trolak selatan ke bidor . Ini lah rutin AS bila dapat cuti . Pi mai pi mai tang tu jugak . Tak kemana pon !

Hari ni AS pi ke sana pi ke sini sampai tak taw nak kemana dah . Semua tempat AS singgah . First keluar rumah terus cari makanan untuk "my boy" . Karang kalau tak kasi dia makan dia tak nak bawak cekk , haru cekk kene jalan kaki atau pun naik bas ! wowww tak sanggup AS . Lagi suka naik "my boy" ni daripada naik kenderaan awam . After tu pi pejabat pos untuk buat ASB . Cekk dah cukup umuq so pi buat sendiri laaa . Dah besaq la katakan . Haha besaq la sangat padahal kecik ja ;) Hari ni my lucky sebab kat pejabat pos tak ramai orang . Selalu nye ramai pakcik makcik dah bertenggek kat sana pepagi bute begini . Then AS pi shopping sikit di beberapa tempat yang berdekatan sini . After that AS terus serbu ini punya cc . Udah la ramai chinese guys ! Muka macam orang korea tuhhh ! Cayyaaqq hati cekk :) Gatai sat .

Tujuan AS pi cc hari ni sebenaqnya nak pi semak tarikh temuduga UPU . Punya lah excited , dari semalam dalam otak ni asyik pikiaq sok nak pi cc sat nak pi semak UPU . Alih alih AS punya course tak dak temuduga pon . Sengal kan . Hahaha punya la lama dok depan cc ni baru lah AS teringat yang semua course yang AS amek mane ade tanda H-tag ni " # " . Haha . Hanya mereka mereka yang mempunyai tanda H-tag ni je yang WAJIB semak kat UPU . Bukan nya orang orang yang macam saya ni ! atoyaiii . Nasib la labu . Dah dpat hadap cc ape lagi , update blog laa ! Bosan asyik online ja . Baik menulis sikit !

Esok kene datang sini lagi sebab nak semak MAKTAB dan MATRIK . AS harap sangat dapat tawaran ke maktab ataupun matrik . Tapi walau apapun doa yang penting ! Kalau rezeki kite kat sana maka Allah akan bagi :) Jadi sekarang doa dan tawakal je la :)
Ya Allah denagn izin mu InshaAllah aku mampu untuk melanjutkan pelajaran didalam bidang yang aku minati . Amin ~

Monday, 22 April 2013

Assalamualaikum .

Hari ni free so AS pergi la mengGOOGLE di internet . Macam macam AS cari . Semuanya berkaitan dengan lepasan SPM :) First semak kelayakan kemasukan ke upu . tapi tak jumpa pun lagi , 25 ni baru nak semak lagi sekali . Nak semak maktab dan matrikulasi sekali . Result AS tak gempak macam kawan kawan yang lain . A tu ade tapi tak banyak macam mereka . Haha . Perasaan menyesal tu masih menghantui diri sebab tak belajar bersungguh sungguh dulu . Tapi apakan daya usaha yang tak seberapa tu meyebabkan AS dapat result pon tak berapa bagus . Tapi kawan kawan AS kata result tu dah cukup bagus berbanding orang lain . Tapi walau apa pun AS tetap bersyukur dengan apa yang dimiliki . Mungkin rezeki AS hanya ini je . Yang selebihnya mungkin AS akan dapat di luar kelak . AS terkilan sikit sebab result AS membuatkan AS tak dapat nak ambil foundation engineering kat universiti . Impian untuk menjadi enngineering terkabur sedikit demi sedikit sebab result AS lebih kepada accountancy . Mungkin disini Allah dah tunjukkan jalan yang patut AS pilih kan ?? AS ambil subjek sains akaun . Dulu semasa zaman persekolahan "aim" AS ialah engineering atau accountancy . AS sering berfikir tentang dua bidang ni . Tapi engineering adalah pilihan yang paling utama berbanding accountant sebenarnye . Tapi apakan daya result telah tercatat sebegitu . Sekarang AS takyah nak pening kan kepala memikirkan isu ni dah . So jalan yang patut dipilih sudah terbentang luas dihadapan . Jadi ACCOUNTANCY adalah pilihan untuk menyambung pelajaran ke universiti kelak :) Walaupun ade sedikit kecewa tapi kita tetap kene teruskan perjuangan hidup . Sebenarnya kejadian ini boleh dijadikan pengajaran dan motivasi untuk diri , lepas ni AS tak boleh main main dalam isu pelajaran . Jangan asyik nak enjoy je sampai pelajaran terabai . Dulu time PMR result dah gempak tapi time SPM kecundang sedikit sebab tak serius :( Dulu time form 4 dan form 5 selalu skip kelas kalau malas nak belajar  , kerja rumah yang cikgu bagi pon selalu copy kawan kalau tak sempat buat . Bukan apa , AS ni aktif dalam sukan hoki . Jadi setiap petang dan hari cuti ade training . Bila AS game di luar kawasan selama beberapa hari , automatik semua subjek tertiinggal semasa sesi pembelajaran didalam kelas . Bila pulang dari game tak sempat nak jumpa cikgu untuk belajar subjek yang tertinggal tu . Bila balik je dari game mesti ade je aktiviti yang perlu dilakukan . So bila dah penat tahap maksima semua benda jadik malas nak buat . Inilah punca AS tak dapat bahagikan masa dengan betul sebab tu jadik begini di pengakhiran sekolah . Tak boleh nak salahkan sesiapa la kan ? diri sendiri yang salah :( nak menyesal pun dah tak berguna . So jalan yang selamat , teruskan hidup walau apapun yang terjadi kelak :) AS dah nekad selepas ni , bila dah sambung belajar , AS  akan belajar bersungguh sungguh . Dan mampu untuk mendapat anugerah DEKAN bagi setiap sem . AS pon harap yang AS tak kan ter kena "culture shock" di universiti nanti ! InsyaAllah  amin .
Assalamualaikum . Hari ni baru on blog setelah sekian lama ditinggalkan . Maaf kerana blog ni terlampau berhabuk .takde mase nak menulis . Sedar tak sedar dah masuk bulan 4 tahun 2013 dah kan ?? . Sebelum bercerita kisah terbaru A.s nk mengimbas kembali detik saat dan ketika tamat SPM dulu . Woww ! Dah MERDEKA ! haha . A.s punye last paper 28 haribulan iatu paper akaun . A.s amek kelas sains akaun semasa di tingkatan empat dan lima . Subjek dalam kelas ni agak.mencabar kerana matapelajarannya lebih kepada kira kira . Tapi walau apapun sangat best sebab mata pelajaran ni sangat mencabar . Haha .Selesai sahaja kertas 2 akaun pada petang tu a.s terus packing barang-barang untuk pulang kerumah . Tapi bukan pulang ke tempat asal yee . A.s terus pulang ke rumah sewa AFNAN COLLECTION . Di sini lah bermulanya perjalanan hidup a.s sebagai pekerja sambilan a.k.a part time . First dapat masuk kerje sanat sangat teruja sampai tak menyempat balik kerumah sendiri . HAHA . Seminggu bekerje mula la terasa sangat penat .. Pastu mula la meru nguut kat kakak a.s nak berhenti keje . Yelaa . Bukan senang sebenarnya nak mencari duit ni . Ingat kerja tu perkara main main ke ?? Haha salah sama sekali . Jika a.s diberi pilihan a.s memang tak nak keje . Baik duk kat rumah layan movie atau drama korea . Haha . Tapi disebabkan nak sangat ada simpana sendiri dan nak cuba belajar berdikari akhirnya a.s kerje jugak kat sini . Pej celik pejam celik , sedar tak sedar dah hampir 5 bulan a.s kerje . Haha . Lama kan ?? Tapi seriously penat yang teramat sangat . Sekelip mata rasa insaf tu datang menjengah diri ni . Kini baru lah sedar bertapa susah nya ayah dan mama mencari rezeki untuk membiayai kami berempat . Hurmm bila difikir balik rasa menyesal pulak selalu meminta minta duit kat ayah untuk membeli benda yang tak penting . Jadi denhgan pengalamn bkerje ni dapat la a.s merasa sendiri betapa sukar nya untuk mencari duit walau untuk sesuap nasi . Duit tu bukan datang dari langit kalu tak berusah untuk bekerje .