Ujian ? Dugaan ? Cobaan ? hah manusia mana yang tak pernah hadapi atau alami sendiri bende-bende gini ? cer habaq mai kat chek ! takde kan . of course la tak de . setiap manusia di muka bumi Allah ni pernah dan akan didatangi dengan ujian2 yang tertentu dan setimpal dengan kemampuan mereka . Manusia manusia ini adalah insan yang bertuah . sebab apa bertuah ? ye la , sebab Allah ingat kat dia . Allah rindu kat dia . Allah sayang kat dia . Itu la sebab Allah turunkam ujian supaya dia pun ingat kat Allah .
.
Aku pun tergolong sekali dengan insan insan yang bertuah tu . Ujian ? memang pelbagai ujian, cobaan , rintangan yang terpaksa aku lalui sejak kebelakangan ni . bukan sekali ! tapi berkali kali mengikut que pulak tu 😌 . sabar . itu lah yang sering diungkap kan . sebab kite tahu setiap kedukaan pasti ade kegembiraan . ingatkan dah selesai satu , settle bole hu ha hu ha dah . tapi apakan daya perancangan Allah itu tak de sape yg tau . Lepas satu ujian , datang pula ujian yang lain . Sabar lagi . itu je yang mampu kita buat time tu . Sebelum ni Demam time jawab mid test , pening kepala sampai satu habuk ilmu yang dibaca pun susah nk cerna . bismilahitawal je la masuk jawan exam . tapi kita tahu Allah sayangkan hamba Nya insyaAllah dapat result baik baik ja . ( sedapkan hati je ni ) . lepas da baik demam exam paper yang digeruni pun tamat .
.
.
tak henti takat tu aja . lepas abeh exam bukan main happy la kan nak balik kg . pi la service keta sampai beratus ratus . Confident tuh boleh sampai dengan selamat ! sbb ape ? sbb keta da okay tip top service macam keta baru . Dalam keta lepas baca doa semua tu bukan main lg karoke siap bawak speaker gi tuh 😌 haha. tapi ujian Allah tu tak terduga . anytime kan happen . tak dan sejam sambung perjalanan selepas berhenti berehat di RNR GAMBANG ... tiba tiba ... kereta minyak dok leh nak tekang ! apa kes ni amoiii ? bila da jadi gitu mestila gabra semacam kang . Tapi untuk menyedapkan hati membe dan diri aku sendiri . aku terpaksa melafazakan ayat sebegini rupa " be cool , be cool , takde pape ni . enjin panas kot . kite rest jap tepi highway ni pastu kite try start enjin " try punya try dalam setengah jam baru la give up then call ayah . mula memey la tak nak call takut ayah risau . tapi nama pun perempuan mana la nak tau pasal keta .( lepas ni wajib belaja ilmu mekanik haha ) . semua bende try buat mengikut arahan ayah tpi keta tetap tak hidup . Lepas berfikir sekian lama kami decide nak tolak kete tu di bawah panas terik mentari . rasa sejukk sangat ! kami bukan la kuat sgt pun tapi disebabkan terpaksa kami gagahkan jugak sbb simpang RnR betul betul depan mata dlm 200m gitu . Takdir Allah enjin mati sebelum sempat masuk simpang RnR sbb die nak datangkan penyelamat . so hamba Allah ni la yang tolong towing keta sampai workshop dia kat genting sempah . Jauh bak hang . time tu berbaur perasaang . takut kene kidnap ke kene tipu ke ape ke ! huh bila dia sendiri cakap dengan family, lega dah rasa . The end . repair la kete . tayar enjin semua tukaq baru . tapi still tak leh nak bawak balik ganu mule . Kesimpulannya malam ni balik ganu naik bas 😌 Moga Allah permudahkan Segala Urusan . Ujian Allah turunkan buat hamba Nya yang terpilih je so appreciate it . Bersambung lagi ujian takda kenderaan sendiri untuk ke kelas sehingga la family hanta kenderaan kat ganu . Tabah . Redha . Sabar . Ingat Allah takkan bagi ujian melebihi kemampuan Hamba Nya ! chaiyok !!!
.
- kak chik
- 0010 14112015