Pages

Saturday, 8 June 2013

MATRIKULASI MELAKA 

Assalamualaikum blogger :)

Alhamdulillah i got what i want ! u know what i want ? i want the most is studying at matrikulasi ! 
Now its became a reality ! woww daebak ! berkat doa dan keizinan Allah aku dapat tempat kat matrik melaka . #alhamdulillah #thanksGod 
Walaupun second intake aku tak kesah janji dapat merasai sendiri dunia pembelajaran yang rushing di sana nanti :) aku cek keputusan matrik ni lambat sehari . tarikh keputusan sebenar 6 jun hari khamis tapi aku cek hari jumat 7 jun ! Alhamdulillah berkat hari jumaat aku dapat keputusan yang menggembirakan ! Alhamdulillah bersyukur sangat kepada-Mu ya Allah !

12 JUN 2013 
Tarikh pendaftaran second intake ! takut nya nak menghadapi dunia matrik ni -,- nasib baik kat sana dah ada kawan yang menunggu . kat sana ada 4 orang budak RPS ! ingatkan aku seorang je yang tercampak kat sana ;) haha Alhamdulillah ! keempat-empat dapat course sains . aku pun dapat course sains tapi aku nak mohon pertukaran ke akaun ! sebab aku takut aku tak mampu nak bawak sains sebab aku dapat tawaran PST bukan PDT . dulu aku teringin sangat nak jadik engineer sebab tu aku mintak course sains kat matrik ni tapi after tengok result chemistry aku terus down . keputusan aku samada nak tukar course tu belum mencapai kata putusnya lagi ! aku takut nak bawak sains tapi nak try ? macam mana tu ? bagi aku bila dah masuk matrik ni takde istilah "try" dah ! wajib tempuhi jugak kalau dah ambil dari awal course tu kan ? let me think first then i will decide again . okay ? doakan terbaik untuk kami disana ye :) bukan senang nak menyesuaikan diri kat tempat orang ni . Rabu ni budak second intake daftar then terus belajar ! takde orientasi :) ini lah benda yang aku paling suka ! yahooooo ! no orientasi ! no tired ! haha
Walaupape pun goodluck for me :) barang-barang hari isnin ni baru nak pi shopping ! lambatkan ? takpe biar lambat asalkan barang-barang semua cukup :) okay gtg ! kali ini aku selitkan sedikit gambar-gambar yang berkaitan .